Pages

Tuesday 19 July 2011

Konsep 'Modern Malay' Untuk Bilik Mesyuarat


Masyarakat Melayu amat sinonim dengan warna kayu. Ini adalah kerana orang melayu terdedah kepada warna ini sejak zaman dahulu lagi. Rumah tradisional Melayu biasanya menggunakan warna kayu sebagai warna utama dimana ianya sangat harmoni dengan warna alam semulajadi.

Berasaskan fakta inilah jurureka ( saudara zamri ) mendapat ilham untuk membuat reka bentuk
bilik mesyuarat ini. Selepas beberapa siri perbincangan bersama pelanggan koperat dari agensi kerajaan, terhasillah rekabentuk seperti pada gambar diatas. Gabungan dua warna utama iaitu warna kayu ( coklat tua ) dan warna putih pada kemasan dinding menyegarkan mata memandang.


 
Manakala meja mesyuarat pula direkabentuk seakan-akan bentukperahu kayu yang digunakan oleh mesyarakat melayu pada zaman dahulu. Ini menambah nilai kepada konsep Modern Malay yang ingin diterjemahkan oleh pereka.

Pemilihan warna hitam untuk kerusi melengkapkan gabungan warna iaitu coklat tua, putih dan hitam, yang merupakan gabungan ciri-ciri warna pada konsep Modern Malay. Rekabentuk (interior design) ini telah dipersetujui oleh pelaggannya.

zam : prisma interior consultant